Tinggal satu hari saja hingga Festival Belia Putrajaya. Saya pun sangat teruja untuk bertemu dengan adik2, kakak2, abam2 semua. Kami di KBS sudah bertungkus lumus menyusun pelbagai aktiviti supaya semua sekeluarga boleh datang ke Putrajaya dan menikmatinya.
Program ilmiah, program agama, program penyerlahan bakat dalam kesenian, aktiviti lasak dan sukan, pameran agensi kerajaan, pameran pelbagai NGO belia, konsert artis tempatan, zombie run, macam2 kita ada.
Website pun kami dah buat cantik2 untuk memudahkan pengunjung2 untuk dapatkan peta, senarai penuh aktiviti serta maklumat tentang shuttle bus percuma dari Putrajaya Sentral dan KTM Serdang.
Jangan lupa layari www.festivalbeliaputrajaya.com.